Saturday 22 June 2013

The Fern and the bamboo..

Pada semester ini aku telah membeli sebuah buku bertajuk 'Marketing is Rubbish' ditulis oleh Magindren Kuppusamy. Sebuah buku yang menarik untuk dibaca dan ada pelbagai motivasi di dalamnya. Aku ingin kongsikan sebuah kisah yang sangat menarik di dalamnya. "The Fern and The bamboo..."


One day, a business owner decided he had enough of the unremitting workload, enough of the lack of response, enough of the crushing loneliness.

He went into the woods to have one last talk to God. "God," he said. "Can you give me one good reason why I shouldn't quit?"

The answer took him by surprise. "Look around you,'' He said. ''Do you see the fern and the bamboo?''

''Yes,'' the man replied.

''When I planted the fern and the bamboo, I took very good care of them. I gave them both equal amount of food and water. I gave them sunlight and rain and protected them from storms. The fern quickly grew from the earth. Its brilliant fronds soon covered the forest floor. Yet nothing came out from the bamboo seed. But i did not quit on bamboo.

"In the second year, the fern grew even more splendidly than before but nothing from the bamboo seed. yet I did not quit on the bamboo. In the year three there was still nothing from the bamboo seed. but I would not quit. In year four again, there was nothing from the bamboo seed. I would not quit.

"Then in the fifth year a tiny sprout emerged from the earth. Compared to the fern it was seemingly small and insignificant. But day by day the sprout grew. First a shoot, then a seedling, and eventually a cane. Within six months, the bamboo cane had risen to a height of 100 feet. It spent five years growing roots. Those roots made it strong and gave it strong and gave it what it needed to survive. I would not give any of my creations a challenge it could not handle.

''Did you know that all this time you have been struggling, you have been growing? growing the roots that you need to produce your fruit. I would not quit on the bamboo. I will not quit on you.

'' Don't compare yourself to others. All of my creations have different purposes, different journey, and different time scales. The bamboo had a different purpose from the fern. yet they both make the forest beautiful. Your time will come. You will rise high.''

''How high should I rise?'' asked the man.

''How high will the bamboo rise?'' asked God in return.



"As high as it can?'' the man questioned. And he was right.


Kita tidak dapat menjangka apa kita akan jadi pada suatu hari nanti..Jika Bill Gate, Walt Disney, Donald Trumph malahan Rasulullah SAW berputus asa ketika ditimpa kegagalan, adakah mereka akan berjaya sekarang? Setiap kita ada arah tuju sendiri, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Dengan itu, kejayaan pasti mengejar anda.

Sekian..

Pertempuran di hujung pena





Bismillahirohmanirrohimm

Assalamualaikum...

Ketika mana matahari mula terbit pada 26 Jun 2013, maka bermulalah perjuangan terakhir buat ku pada semester ini iaitu perperiksaan akhir. Saat yang paling membingungkan buat sesetengah pelajar dan saat yang paling menenangkan buat sesetengah pelajar. Kegagalan dan kejayaan menanti di sebalik pertempuran ini. Suatu perasaan takut yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana sendiri masih mencari jawapan kenapa perlu takut untuk gagal akibat daripada perperiksaan akhir. 

Masih banyak persoalan yang belum terjawab, masih ada banyak masa yang belum dikembalikan, masih ada banyak helaian muka surat yang belum ditelaah dan masih banyak ilmu yang perlu diterokai.

Bagiku..perperiksaan akhir itu bukan tentang kebingungan atau ketakutan. Ianya umpama peluang bagiku, peluang untuk menilai diri ini, belajar untuk menghadapi kegagalan dan peluan untuk berjaya. Terlalu banyak kegagalan yang telah dilalui, sekiranya aku gagal lagi buat kali ini, aku hanya perlu beajar semula dan bangkit. Aku tidak punya persepsi negatif terhadap kegagalan, bagiku kegagalan bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti. Kegagalan membuka pintu pembelajaran buat kita insan yang selalu lalai. Manusia yang belajar dari kegagalan akan terlahir kebijaksanaan daripadanya. Kegagalan adalah ruang pembelajaran, rahmat dan peringatan daripada Allah S.W.T meskipun terdapat keahitan daripadanya. 





Semoga kejayaan bersama kita dan semoga kegagalan semalam memberi kita kebijaksanaan...sekian..kbai!

Friday 21 June 2013

21 Jun 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk nurkilan pertama ini aku ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada anda-anda yang pertama kalinya membaca segala nurkilan-nurkilan di dalam blog ini. Harap segala perkongsian dapat dimanfaatkan bersama. Apa yang ingin dikongsikan tidak lain dan tidak bukan berkaitan dengan kehidupanku sebagai seorang mahasiswa. Aku sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Universiti tempatan. Kehidupan sebagai seorang pelajar merupakan satu tempoh yang akan sentiasa dirindui kerana ada beribu memori pahit manis yang tercipta..di samping itu terdapat pelbagai perkara yang kita pelajari seperti persahabatan, kasih sayang, ketuhanan dan ketabahan. Ini adalah kehidupanku sebagai seorang pelajar..

sekian..kbai!