Saturday 17 August 2013

Laporan The International 3


The International 3, yang mempertandingkan 16 pasukan DOTA 2 terbaik dunia telahpun menutupkan tirainya pada 11 Ogos 2013. Tempat pertama telah dirangkul oleh pasukan Alliance dari Sweden dengan mambawa pulang wang tunai USD1437191 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan Na'Vi (Ukraine) dan Orange e-Sport (Malaysia). Ternyata penganjuran pada tahun ini sangat berjaya berbanding Ti2 dan Ti1. Yang menjadi fenomena di media elektronik pada baru-baru ini adalah kebangkitan pasukan dari Asia Tenggara iaitu Orange di mana persembahan mereka amat mengagumkan ramai penonton dan digelar pasukan 'black horse' di dalam pertandingan ini. "Nobody will remembers who came second" sememangnya bukanlah ayat yang tepat bagi saya kerana tempat pertama, kedua dan ketiga bukanlah faktor utama yang membuatkan anda diingati.

Pasukan dari Malaysia ini telah membuktikan walaupun mendapat tempat ketiga, corak permainan dan kesungguhan mereka untuk meraih tempat pertama telah membuatkan mereka dikagumi dan mendapat perhatian semua peminat permainan ini. Seolah-olah merekalah yang telah memenagi tempat pertama tersebut. Corak permainan Orange adalah berbeza dengan corak permainan dari China mahupun Eropah. Mereka lebih aggresif dan berani untuk menggunakan draft yang berbeza setiap permainan. Pasukan lain lebih mengutamakan draft yang lebih selamat dan menggunakan hero yang sama setiap perlawanan. 


Pasukan Orange yang diketuai oleh Mushi (Chai Yee Fung) telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Permainan mereka diakui terbaik bukan sahaja di kalangan peminat Orange malahan peminat pasukan lain turut mengakui bahawa pasukan Orange adalah pasukan yang terbaik di pertandingan ini. Mushi, walaupun memenangi tempat yang ketiga, beliau telah diundi sebagai Most Valuable Player di pertandingan ini. Bukan kerana persembahannya sahaja tapi kemampuannya untuk membimbing pasukannya untuk mara kehadapan. 


Pujian juga harus diberikan kepada Ohaiyo (Khoo Chong Xin), Net (Lim Wai Pern), Ky.Xy (Lee Kang Yang) dan Xtinct (Joel Chan Zhan Leong). Setiap daripada mereka adalah yang terbaik di setiap posisi. Tanpa mereka, Mushi seorang tidak mampu untuk membawa pasukan mereka untuk menewaskan pasukan-pasukan handalan yang lain.


Akhir kalam, semoga mereka bangkit dengan semangat yang baru dan merampas kejuaraan pada tahun depan. 

 

Monday 5 August 2013

Result Final Exammmm!!!!

Assalamualaikummmm~

Rasanya sudah lama Blog ni tak diupdate..maklumla bulan puasa sibuk dengan ibadah (kononnya). 

3 Ogos 2013 merupakan tarikh keramat buat kami kerana pada tarikh tersebut maka akan terjawablah segala persoalan dan kerunsingan yang sentiasa berlegar di ruang fikiran mengenai keputusan perperiksaan akhir yang lepas. Adakah usaha yang dilakukan selama ini berbaloi atau tidak?


Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah S.W.T..dengan limpah dan rahmatnya aku berjaya memperolehi keputusan yang memberansangkan walaupun tidak berketepatan (??????) dengan usaha yang dilakukan. Sekali lagi Alhamdulillah~~~

Sedang rakan-rakan lain sibuk menunggu emel keputusan perperiksaan, aku pula sedang teruja mengenai pertandingan DOTA 2 iaitu "The International 3" di mana 16 pasukan terbaik di dunia akan berkumpul di Seattle, Amerika Syarikat dan membuktikan pasukan manakah yang terbaik di dunia. Yang paling membanggakan, dua pasukan dari negara kita telah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu Orange dan MUFC. Walaupun tidak mendapat liputan di muka akhbar mahupun televisyen, pasukan negara memberikan saingan yang sengit di dalam pertandingan tersebut. Bah, maaf kalau topik ini membosankan. 




  
Seperti biasa, setelah mendapat keputusan perperiksaan akhir, aku akan tutup ruang sembang di Facebook kerana kebiasaannya ramailah yang ingin bertanyakan tentang keputusan yang aku perolehi. Di saat itu jugalah kadang-kadang aku terpaksa menjadi pakar motivasi kepada rakan-rakan yang merasakan mereka sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Alasan yang baik untuk menutup ruang sembang. :)

Bagiku, kegagalan itu adalah lumrah di dalam menuju kejayaan. Ianya suatu proses pembelajaran bagi orang-orang yang berfikir. Kita selalu menganggap kegagalan itu adalah sesuatu yang negatif dan merasa hampa dan malu apabila berhadapan dengan kegagalan. Sesungguhnya, insan yang melihat kegagalan itu sebagai proses pembelajaran, dia akan membentuk sesuatu di dalam dirinya iaitu kebijaksanaan. Tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu, tidak perlu takut dihadapkan dengan kegagalan, hidup harus diteruskan.

Akhir kalam.. Selamat Menyambut Hari Raya yang mulia buat Muslimin dan Muslimat. Kbai!