Monday 16 September 2013

Kembali ke kampus


Aku yang sekarang telah melangkah ke tahun kedua ku sebagai seorang mahasiswa. Ini juga tahun yang terakhir kewujudanku di universiti. Kehidupan sebagai seorang pelajar bermula tanggal 9 september yang lepas. Dengan longgokan esaimen dari pensyarah, dengan pertemuan semula bersama kawan-kawan sekelas, dengan aktiviti-aktiviti persatuan, semoga semuanya berjalan lancar pada semester ini. Insha Allah..


Tabiat aku sebelum memulakan semester baru adalah dengan persedian yang rapi. Seorang juara adalah orang yang memenangi perperangan dahulu sebelum pergi berjuang, manakala seorang yang gagal pula adalah orang yang pergi ke medan perang dahulu dan mencari kemenangan. Maksudnya, persedian yang rapi adalah penting sebelum memulakan sesuatu berbanding memulakan sesuatu dan mengharapkan ianya akan berjaya. Minggu pertama kuliah adalah minggu yang selalunya disia-siakan oleh para pelajar kerana minggu pertama adalah minggu mukadimah. Akan tetapi, minggu inilah minggu yang paling penting bagi kita untuk membuat persiapan sebelum menghadapi minggu-minggu yang sukar. Persiapan yang aku maksudkan adalah seperti mengumpul nota-nota kuliah, past-sem paper, pinjam buku dari perpustakaan dan macam-macam lagi. Malahan, aku kadang-kadang dah buat semua tu sebelum masuk minggu pertama lagi. Jadi, tak lah kelam kabut sangat bila dah mula minggu kedua. Selain itu, kita juga hendaklah mempunyai pandangan yang luas mengenai subjek-subjek pada semester semasa supaya kita mudah faham apa yang diajar oleh pensyarah.  

Bunyinya seakan aku ni budak nerd atau skema. Alaaa, kalau kita tak skema masa di universiti bila lagi nak merasa jadi skema kan? hehe..

Good luck and Have Fun!

assalam~