Wednesday 29 January 2014

I'm Back!

Assalamualaikum....

Sesungguhnya blog ini sudah dihinggapi sarang labah-labah setelah terlalu lama tidak diupdate. Ternyata kehidupan sebagai pelajar degree bukannya seindah pelajar diploma. Boleh dikatakan setiap minggu ada exam, presentation dan aktiviti yang perlu kami ikuti. Yang paling peliknya, aku sangat rindu pada kawan-kawan rapatku walaupun kami sekelas..haha..kesibukan dengan esaimen dan hidup berjauhan membuatkan kami tiada masa untuk keluar bersama..lebih-lebih lagi bila masing-masing dah ada couple..haih. Apa-apa pun, kami masih lagi kawan baik dalam bentuk yang lebih dewasa.



Dalam menghadapi kehidupan yang sibuk, pengurusan masa dan pengurusan tekanan amatlah penting sebagai seorang pelajar. Silap haribulan boleh bunuh diri oi...Memandangkan aku tidak pandai dalam menguruskan masa, aku akan bagi tips untuk menguruskan tekanan je lah ye..so, sekarang dah tau apasal blog ni lama dah tak berisi? hehe

Tekanan adalah tindakbalas tubuh terhadap dilema yang membuatkan fizikal dan jasmani berasa tidak selesa. Contohnya seperti tekanan kerja, persekitaran dan perhubungan. Sebagai seorang pelajar, kemahiran menanggani tekanan juga adalah kunci kepada kecemerlangan. Sebab? Fikiran yang runsing dan jiwa yang tertekan mudah sekali menganggu prestasi anda dalam pelajaran dan menjadi punca kenapa sukar untuk menghafal.

Ada banyak teknik untuk menguruskan tekanan, kat sini aku nak kongsi bagaimana aku menguruskan tekanan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.


  1. Jangan berlengah-Kerja yang penting harus disiapkan dengan segera. Memang dah jadi tabiat seorang pelajar untuk melengah-lengahkan kerja sampai ke saat akhir. Ini memerlukan teknik pengurusan masa yang effektif. 
  2. luahkan perasaan- Aku ada seorang kawan dari kampus lain dimana budak ni selalu bertugas sebagai pakar sakit jiwa kepada aku..hehe..bila dah masuk tengah semester biasanya kami akan mengadakan sesi luahan perasaan. Kadang-kadang dengan berkongsi masalah kita dengan orang lain sedikit sebanyak dapat hilangkan tekanan. Kenapa aku pilih kawan dari kampus lain? Supaya cerita yang aku kasi kat dia tak lah bocor kat kawan-kawan sekelas..hehe
  3. 6 hari hidup, mati sehari-  bunyi cam pelek sikit kan? apa yang dimaksudkan di sini adalah 6 hari diluangkan masa untuk buat assignment, mengulangkaji ataupun bersukan. Yang sehari mati tu maksudnya 24 jam tu diluangkan untuk tidak buat apa-apa yang ada kaitan dengan kehidupan pelajar. Buat la apa-apa pun yang penting takda kaitan dengan pelajaran. Makan dan solat tu memang wajib lah. 
  4. Keluar dari kebiasaan-Lakukan sesuatu yang kita tidak selalu buat yang semestinya tidak ada kaitan dengan kehidupan pelajar. Contohnya seperti berkelah, karaoke, senam aerobik aau apa-apa jelah yang penting benda yang kita tak selalu buat dan tidak melanggar undang-undang ataupun hukum agama.
Ada banyak lagi cara untuk menguruskan tekanan. Terpulang kepada masing-masing untuk menghadapinya atau tidak. Semoga hidup sentiasa ceria dan indah. Kehidupan sebagai pelajar adalah yang paling indah meskipun banyak kedukaan. Jangan terlalu mengejar 'A' tanpa mempelajari erti kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam kehidupan seorang pelajar, ilmu yang kita pelajari dari buku dan yang tidak ada dalam buku kedua-duanya sama penting. Ramai yang melatih akal untuk menghafal, malangnya sedikit yang melatih akal untuk berfikir. Semoga berjaya..kbai!