Saturday 22 June 2013

Pertempuran di hujung pena





Bismillahirohmanirrohimm

Assalamualaikum...

Ketika mana matahari mula terbit pada 26 Jun 2013, maka bermulalah perjuangan terakhir buat ku pada semester ini iaitu perperiksaan akhir. Saat yang paling membingungkan buat sesetengah pelajar dan saat yang paling menenangkan buat sesetengah pelajar. Kegagalan dan kejayaan menanti di sebalik pertempuran ini. Suatu perasaan takut yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana sendiri masih mencari jawapan kenapa perlu takut untuk gagal akibat daripada perperiksaan akhir. 

Masih banyak persoalan yang belum terjawab, masih ada banyak masa yang belum dikembalikan, masih ada banyak helaian muka surat yang belum ditelaah dan masih banyak ilmu yang perlu diterokai.

Bagiku..perperiksaan akhir itu bukan tentang kebingungan atau ketakutan. Ianya umpama peluang bagiku, peluang untuk menilai diri ini, belajar untuk menghadapi kegagalan dan peluan untuk berjaya. Terlalu banyak kegagalan yang telah dilalui, sekiranya aku gagal lagi buat kali ini, aku hanya perlu beajar semula dan bangkit. Aku tidak punya persepsi negatif terhadap kegagalan, bagiku kegagalan bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti. Kegagalan membuka pintu pembelajaran buat kita insan yang selalu lalai. Manusia yang belajar dari kegagalan akan terlahir kebijaksanaan daripadanya. Kegagalan adalah ruang pembelajaran, rahmat dan peringatan daripada Allah S.W.T meskipun terdapat keahitan daripadanya. 





Semoga kejayaan bersama kita dan semoga kegagalan semalam memberi kita kebijaksanaan...sekian..kbai!

No comments:

Post a Comment