Monday 5 August 2013

Result Final Exammmm!!!!

Assalamualaikummmm~

Rasanya sudah lama Blog ni tak diupdate..maklumla bulan puasa sibuk dengan ibadah (kononnya). 

3 Ogos 2013 merupakan tarikh keramat buat kami kerana pada tarikh tersebut maka akan terjawablah segala persoalan dan kerunsingan yang sentiasa berlegar di ruang fikiran mengenai keputusan perperiksaan akhir yang lepas. Adakah usaha yang dilakukan selama ini berbaloi atau tidak?


Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah S.W.T..dengan limpah dan rahmatnya aku berjaya memperolehi keputusan yang memberansangkan walaupun tidak berketepatan (??????) dengan usaha yang dilakukan. Sekali lagi Alhamdulillah~~~

Sedang rakan-rakan lain sibuk menunggu emel keputusan perperiksaan, aku pula sedang teruja mengenai pertandingan DOTA 2 iaitu "The International 3" di mana 16 pasukan terbaik di dunia akan berkumpul di Seattle, Amerika Syarikat dan membuktikan pasukan manakah yang terbaik di dunia. Yang paling membanggakan, dua pasukan dari negara kita telah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu Orange dan MUFC. Walaupun tidak mendapat liputan di muka akhbar mahupun televisyen, pasukan negara memberikan saingan yang sengit di dalam pertandingan tersebut. Bah, maaf kalau topik ini membosankan. 




  
Seperti biasa, setelah mendapat keputusan perperiksaan akhir, aku akan tutup ruang sembang di Facebook kerana kebiasaannya ramailah yang ingin bertanyakan tentang keputusan yang aku perolehi. Di saat itu jugalah kadang-kadang aku terpaksa menjadi pakar motivasi kepada rakan-rakan yang merasakan mereka sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Alasan yang baik untuk menutup ruang sembang. :)

Bagiku, kegagalan itu adalah lumrah di dalam menuju kejayaan. Ianya suatu proses pembelajaran bagi orang-orang yang berfikir. Kita selalu menganggap kegagalan itu adalah sesuatu yang negatif dan merasa hampa dan malu apabila berhadapan dengan kegagalan. Sesungguhnya, insan yang melihat kegagalan itu sebagai proses pembelajaran, dia akan membentuk sesuatu di dalam dirinya iaitu kebijaksanaan. Tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu, tidak perlu takut dihadapkan dengan kegagalan, hidup harus diteruskan.

Akhir kalam.. Selamat Menyambut Hari Raya yang mulia buat Muslimin dan Muslimat. Kbai!

No comments:

Post a Comment